:::

Maklumat Masuk Taman

Maklumat masuk taman

Waktu operasi

Pukul 8 pagi hingga pukul 5 petang setiap hari

Pukul 8 pagi hingga pukul 5 petang setiap hari

チケット料金
Jenis Tiket Harga Tiket Sasaran Penyertaan
Tiket Harga Penuh NT$200 Orang Awam
Tiket Diskaun NT$160 Kumpulan (Jumlah tiket penuh ketika cuti musim sejuk dan cuti musim panas adalah 30 orang, manakala jumlah tiket penuh di luar musim cuti adalah 20 orang), Pelajar (Pelajar berusia 13 tahun ke atas dengan kad pelajar yang sah),
Tiket Harga Separuh NT$100

Warga emas berusia 65 tahun ke atas, Kanak-kanak (Berusia 6 tahun ke atas dan 12 tahun ke bawah, dengan tinggi badan tidak melebihi 150cm). Untuk kanak-kanak yang tinggi badan melebihi 150cm tetapi belum mencapai umur 13 tahun, sila tunjukkan kad kesihatan yang mengandungi gambar semasa membeli tiket

Biaya insurans dan administrasi NT$20 Bayi berusia 0 tahun ke atas dan 6 tahun ke bawah, dengan tinggi badan tidak melebihi 115cm. Untuk bayi yang tinggi badan melebihi 115cm tetapi belum mencapai umur 6 tahun, sila tunjukkan kad kesihatan yang mengandungi gambar semasa membeli tiket. OKU perlu ditemani oleh seorang pengiring.
  Muat Turun Peta Panduan Kawasan Ladang:

 

Panduan Masuk dan Pembelian Tiket
1. Bagi individu yang memenuhi syarat-syarat pembelian tiket diskaun, sila tunjukkan dokumen pengesahan yang sah sebagai bukti. Pembelian tiket diskaun adalah terhad kepada pemegang dokumen tersebut, dan setiap dokumen pengesahan hanya diizinkan untuk pembelian satu tiket diskaun. Bagi individu yang memenuhi lebih daripada satu syarat pembelian tiket diskaun, hanya satu status diizin untuk pembelian tiket diskaun. Sila tunjukkan dokumen pengesahan sebelum membeli tiket untuk menikmati diskaun. Sekiranya dokumen pengesahan tidak ditunjukkan sebelum pembelian tiket, pembatalan dan penukaran tiket adalah tidak dibenarkan. Sila tunjukkan dokumen pengesahan bersama dengan tiket diskaun di pintu masukl untuk pemeriksaan tiket.
2. Hari cuti merujuk kepada hari Sabtu, Ahad, cuti umum, cuti berterusan, cuti musim panas dan cuti musim sejuk.
3. Mulai 1 September 2023, individu yang membeli tiket harga penuh pada hari biasa di kaunter tiket Padang Rumput Green Green atau melalui laman rasmi Ladang Qingjing dapat menikmati kupon diskaun bernilai NT$40 bagi pembelanjaan di kedai-kedai terpilih di Padang Rumput Green Green. Promosi tersebut terhad kepada saluran pembelian tiket yang dinyatakan di atas.
4. Sila menggunakan tiket pada hari pembelian. Tiket yang tidak digunakan pada hari pembelian akan dianggap sebagai tiket tidak sah.
5. Ladang Qingjing terletak di kawasan pegunungan setinggi 1,750 meter dari aras laut, dan mempunyai perbezaan suhu antara siang dan malam yang ketara. Sila sediakan baju sejuk dan ubatan peribadi yang diperlukan. Jika anda mengalami gejala penyakit ketinggian seperti pening dan muntah, sila jangan memasuki kawasan ladang. Jika gejala yang dinyatakan di atas berterus, sila meninggalkan kawasan pegunungan dan dapatkan rawatan secepat mungkin.
6. Untuk menjaga keselamatan para pengunjung, merokok adalah dilarang dalam seluruh kawasan Qingjing. Selain itu, kelakuan termasuk membawa makanan atau bento dari luar kawasan ladang, memasak, barbeku, berkemah, dan berkelah dalam kawasan ladang adalah dilarang.
7. Tanjakan rumput dalam kawasan ladang amat curam dan licin, sila mengikut laluan jejak yang ditetapkan, dan melarang meluncur, serta memanjat pagar atau sebarang fasiliti dalam kawasan ladang.
8. Sila jauhi kuda dan biri-biri dalam kawasan ladang. Kanak-kanak harus ditemani dan dijaga oleh ibu bapa, serta dilarang berlari dan meluncur di padang rumput.
9. Dilarang menunggang, mengganggu atau menakutkan kuda dan biri-biri, untuk mengelakkan kemalangan atau pertembungan dengan pengunjung lain. Sekiranya tindakan yang dinyatakan di atas menyebabkan sebarang kecederaan kepada para pengunjung, tanggungjawab ganti rugi akan dikenakan terhadap pengunjung yang menyebabkan kemalangan tersebut.
10. Pemberian makanan kepada kuda dan biri-biri terhad kepada makanan yang disediakan dalam kawasan ladang. Penggunaan beg plastic adalah dilarang dalam kawasan ladang untuk mengelakkan kematian haiwan akibat tertelan beg plastik.
11. Dilarang membawa haiwan peliharaan ke dalam kawasan ladang. Servis penjagaan haiwan peliharaan tidak disediakan dalam kawasan ladang. Segala larangan dinyatakan di atas adalah berdasarkan peraturan pencegahan dan pengawalan wabak kerajaan Taiwan.
12. Sila mengasingkan sampah mengikut kategori dan membuang ke dalam tong sampah tertentu.
13. Dilarang menggunakan dron dalam kawasan ladang.
14. Pemegang Kad Sebangsa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Urusan Luar Negara (Overseas Community Affairs Council Taiwan) menikmati 10% diskaun untuk penginapan pada hari cuti, 30% diskaun untuk penginapan pada hari biasa, serta diskaun untuk tiket kumpulan Padang Rumput Green Green. Promosi tersebut berakhir pada 31 Desember 2024.

Jika anda mengalami kecederaan atau kemalangan dalam kawasan ladang, sila memberitahu kaunter tiket atau pekerja, atau hubungi segera dengan pihak pengurusan kawasan ladang melalui no telefon (049)280-2172.
 

Persembahan Biri-biri
Sheap Shearing Show
Saksikan pemotongan bulu biri-biri yang meliput seperti awan oleh gembala,

Encik Grant dari New Zealand, yang diundang sebagai pembawa acara persembahan pemotongan bulu biri-biri di Ladnag Qingjing.

Biri-biri dalam Ladang Qingjing manampil mengikuti arahan Encik Grant termasuk isyarat tangan, komando suara, serta isyarat peluit. Encik Grant mengarah sambil menyaring dan menjelaskan karakteristik serta cara perbezaan biri-biri, sebelum memulakan persembahan pemotongan bulu biri-biri yang menarik dan menghibur, serta mengandungi pengetahuan mengenai biri-biri.

Anda dijemput berinteraksi dan memberi makan kepada biri-biri selepas pertunjukan pemotongan bulu biri-biri.

Waktu persembahan: Pukul 09:30 pagi dan pukul 2:30 petang pada cuti musim sejuk, cuti musim panas dan cuti hujung minggu
(kecuali hari Rabu pada cuti musim sejuk dan cuti musim panas)
Tempat persembahan: Padang Rumput Qing Qing
Content: Isi persembahan
Masa persembahan dijadualkan 30 minit.
Jadual dan isi kandungan persembahan luar ruangan mungkin berubah tanpa pemberitahuan sebelumnya, sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan.
 

Persembahan Berkuda Profesional yang menakjubkan
관중을 소리 지르게 하는 전문 마술(馬術)쇼 Equestrian Riding and Acrobat Show is performed by professional riders who stand, tumble, jump or even doing difficult archery on the horseback.

Pasukan berkuda profesional antarabangasa menyembahkan gerakan sulit termasuk berdiri terbalik, melompat serta meloncat di atas kuda. Dalam persembahan ini, anda dapat melihat kehebatan kuda terbesar di Ladang Qingjing yang memiliki berat badan melebihi 1,000kg.

Waktu persembahan: Pukul 10:45 pagi, Pukul 3:45 petang
Tempat persembahan: Pentas Kuda di Kawasan Penternakan Guanshan
Masa persembahan dijadualkan 30 minit.
Kawasan persembahan telah dilengkapi dengan pagar perlindungan, sila ambil perhatian terhadap pergerakan kanak-kanak anda, dan pastikan mereka tidak masuk ke dalam kawasan persembahan.

 

Maklumat Penting untuk Para Pengunjung
Panduan Keselamatan Padang Rumput Green Green
1. Kawasan ladang adalah kawasan berbukit dengan kemiringan yang curam, sila ambil perhatian terhadap keselamatan anda. Para pengunjung yang menggunakan kerusi roda atau mengalami keterbatasan mobiliti, sila ditemani oleh saudara atau rakan seiring.
2. Permukaan padang rumput dan longkang tertutup dalam kawasan ladang boleh menjadi licin selepas hujan, sila jangan berlari dan berjalan di atas laluan bersemen yang disediakan.
3. Sila mengikut panduan dan hanya menggunakan laluan yang ditetapkan dalam kawasan ladang.
4. Sila patuhi peraturan penggunaan peralatan rekreasi dalam kawasan ladang.
5. Kelakuan termasuk penggunaan dron, membuat api, memasak, meluncur dan membawa haiwan peliharaan adalah dilarang.
6.Jika berlaku kejadian atau kemalangan, sila hubungi kakitangan perkhidmatan dengan segera.

Kawasan Rekreasi Dilindungi dengan Insurans Tanggungjawab Keselamatan Awam
Kawasan rekreasi dilengkapi dengan tanda isyarat amaran keselamatan, serta dilindungi dengan Insurans Tanggungjawab Keselamatan Awam. Jika berlaku kemalangan yang tidak dijangka dalam kawasan rekreasi, amaun maksimum sebanyak NT$2 juta akan dibayar.

Operasi yang Sah
1. Ladang Qingjing adalah kawasan rekreasi yang mempunyai Sijil Pengiktirafan oleh Jabatan Pelancongan Kementerian Pengangkutan (Tourism Bureau).
2. Hotel Qingjing Farm memegang Sijil Pengesahan Hotel yang dikeluarkan oleh Persatuan Perniagaan Hotel Taiwan, dan menerima Sijil Tiga Bintang dari Jabatan Pelancongan Kementerian Pengangkutan pada tahun 2013, 2016 dan 2019
3. Kaunter bayaran dilengkapi dengan mesin tunai yang dikawal oleh Lembaga Hasil dalam Negeri (Revenue Service Office of City Government), dan resit rasmi akan diberikan untuk semua pembelian dalam kawasan ladang.